Thursday, January 21, 2010

LAPORAN FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI 2009 (Peringkat Negeri)

Festival Sains dan Teknologi 2009 Peringkat Negeri Johor telah berlangsung pada 7hingga 9 Julai 2009 di SMK Pasir Gudang 2. Festival anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dan Bahagian ICT Johor Bahru ini telah dirasmikan oleh YB En. M. Asojan A/L Muniyandy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor.

SMK Taman Desa Skudai telah menghantar penyertaan bagi 2 pertandingan iaitu :
(i) Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda)
(ii) Pertandingan Kereta Solar

Berikut adalah senarai nama peserta bagi setiap pertandingan :

(i) Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda)
-Muhammad Naqib Bin Mahizan (2RK1)
- Khoo Chiaw Chen (2RK1)

(ii) Pertandingan Kereta Solar
-Irfan Danial Bin Mohd. Rahdi (3KP1)
-Surenderan A/L Logan (5A)
-Muhammad Amin Bin Saniman (5A)

Pertandingan yang diadakan di dalam Festival Sains dan Teknologi 2009 peringkat negeri Johor Bahru ini bertujuan untuk memilih pemenang atau wakil sekolah yang akan mewakili negeri Johor untuk Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri yang akan diadakan di Perlis nanti.


Peserta-peserta SMK Taman Desa Skudai telah diiringi oleh seorang guru Sains iaitu Puan Tan Seoah Chee bagi Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda) , manakala untuk Pertandingan Kereta Solar pula diiringi oleh Cik Nurul Salime Binti Taharim dan Puan Normala Binti Ibrahim.

Pasukan Kereta Solar SMK Taman Desa Skudai telah berjaya mendapat Naib Johan setelah dikalahkan oleh SMK Taman Seri Saujana, Kota Tinggi dari segi kelajuan kereta solar. Pasukan Kereta Solar SMK Taman Desa Skudai telah mendapat pujian dalam persembahan multimedia dan pencapaian ini adalah sangat memberangsangkan kerana sebanyak 20 buah sekolah telah menyertai Pertandingan Kereta Solar tersebut.

Berikut ialah pencapaian peserta wakil SMK Taman Desa Skudai dan keputusan keseluruhan bagi semua pertandingan yang dianjurkan dalam Festival Sains dan Teknologi 2009 kali ini.

(i) Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda) -Tiada tempat
(ii) Pertandingan Kereta Solar -Naib Johan

Keputusan Keseluruhan Pertandingan Kereta Solar bagi
Festival Sains dan Teknologi 2009 Peringkat Negeri di SMK Pasir Gudang 2.

Johan
-SMK Taman Seri Saujana, Kota Tinggi
Naib Johan
-SMK Desa Skudai, Johor Bahru
Tempat Ketiga
-SMK Moakil, Segamat

Kedudukan Daerah
Johan- Kota Tinggi
Naib Johan - Johor Bahru
Tempat Ketiga - Segamat

Pada tahun hadapan diharapkan prestasi ini dapat dipertingkatkan lagi dengan menyediakan pelapis-pelapis bagi setiap bahagian serta memantapkan lagi peserta-peserta sedia ada.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri 2009


Pasukan Kereta Solar SMKTDS bergambar kenangan bersama guru-guru pengiring dan hadiah yang telah mereka menangi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen atau cadangan untuk blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...